MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA & GURU

PERANAN PIBG 

PIBG ditubuhkan di SMK Asajaya berfungsi sebagai satu "Persatuan" yang  terdiri daripada ibu bapa dan guru.

Setiap tahun 'Mesyuarat PIBG' diadakan untuk berbincang dan bertukar-tukar akal fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.

Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).

Bidang tugas PIBG  merangkumi perkara-perkara berikut:-

a. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
b. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.
c. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran murid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.
d. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.
e. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
f. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.
g. Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.




























Ulasan