LAWATAN JAWATAN KUASA EKSA SMK ASAJAYA KE INTAN CAWANGAN SARAWAK

TARIKH : 24 MAC 2016
TEMPAT : INTAN CAWANGAN SARAWAK
MASA : 02.00 PETANG



Pihak Jawatankuasa EKSA SMK Asajaya telah mengadakan lawatan susulan ke INTAN Cawangan Sarawak sebagai manifestasi kolaborasi dan ikatan permuafakatan pihak INTAN dengan SMK Asajaya. 

Pihak jawatankuasa EKSA SMK Asajaya sangat berbesar hati atas jemputan INTAN untuk sesi lawatan tersebut. Biarpun berhadapan dengan kekangan tugas dan peranan di sekolah, namun semua anggota Jawatankuasa EKSA SMK Asajaya yang seramai 18 orang bersama-sama Timbalan Pengetua Akademik, Ustazah Hamdiah Binti Haji Leman telah berjaya merealisasikan program tersebut dengan cemerlang. 

Pihak INTAN sangat berbesar hati dan sangat mengalu-alukan kehadiran pihak SMK Asajaya dengan beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan tersebut . Antaranya : 
  • Taklimat INTAN : Encik Mohamad Shahruddin Bin Zaidil – Penolong Pengarah INTAN Sarawak
  •  Jamuan Ringan
  • Lawatan ke seluruh Bangunan Pentadbiran INTAN
  • Lawatan ke Perpustakaan
  • Lawatan kemudahan prasarana INTAN
  • Lawatan ke Penginapan Asrama INTAN 

Program tersebut telah berakhir pada jam 4.30 petang dan meninggalkan banyak kenangan dan pengetahuan kepada semua anggota Jawatankuasa EKSA SMK Asajaya . Lawatan tersebut juga menjadi penanda aras dan penyuntik kekuatan untuk semua anggota EKSA sekolah kami bagi melaksanakan aspirasi yang terkandung dalam Program EKSA.





































MAKMAL KOMPUTER


TEMPAT LETAK MOTOSIKAL DAN KERETA



KAWASAN PERHIMPUNAN







PERPUSTAKAAN 






KAFETERIA




HOSTEL 


 















Terima kasih INTAN.

Ulasan